Sunday, 2 September 2012

episod baru

ok.mulai septembar 2012 ini
aku nok mula kehidupan baru
hidup misti diteruskan walau still single :)
nok lupa, nok tinggal dah episod lama

masa lepas dah tak leh nok kenang2 sangat
takut 'boghak' gak nyusohko diri
baik tok soh
lagipun ini bukanlah kali pertama

hok lepas2 dah dijadikan sebagai pedoman
juga persediaan di hari2 mendatang
biarlah walupun ore kata
hok dikejar tak dapat, hok di kendong pun terlepas
nk wat cmne kan
kalu dah bukan jodoh
walau kita cuba berusaha,kemah,baiki semula
diyo tak jadi jugak
akhirnya terpaksalah melepas jua
bukan 1 tapi 2..
xpe..Ya Allah teguhkanlah Imanku

p/s: ikhlas kita mungkin org xnampak..tp aku sgt meyakini Allah lebih mengetahui segalanya

Friday, 24 August 2012

harapan ku terlalu murah untuk membeli cinta mu yang terlalu mahal itu

.::nomorewaitnomorehope::.

Sunday, 15 July 2012

2+2

kalu yollo la hok ni betul
mitok jange la beghaso bukei bukei
dan
kalu yollo la hok tu bukei gak
mitok2 jange la beghaso yollo pulop

p/s: berserah pada-Nya

Monday, 9 July 2012

6+2

hari ni masuk 20 Syaaban sudaa
xsampai 2 minggu lagi nak puasa
xdapat sebelum puasa
nampaknya selepas puasa

sedangkan 6 bulan dapat ku nanti
inikan pula 2 bulan lagi
hmm..sabar juga
dan apa2 pun bole jadi..

sampai ketemu

p/s: igt nak..........

Friday, 1 June 2012

mimpi macam ni pun ada ka

pernah ambo mimpi benda yang sama
2 malam berturut turut
selang 2-3 minggu lepas tu mimpi lagi
benda sama, hampir sama jugak

maka, ambo pun mula la
guna khidmat ahli nujum google tuh..hehe
'tafsir mimpi' kat ruang search tu
sebelumnya ambo sudah tahu sikit2
pasal mimpi macam tu

ada 3 point pasal tafsiran mimpi tu:
1.
2.
3. sihir(kemungkinan terkena sihir)

point ke-3 ambo tak percaya pun
Alhamdulillah..masih dapat hidup seperti sedia kala lagi setakat ni
seperti orang lain jugak
lalu, apakah yang pertama dan ke-2 tu??
hehehe...

namun...
mimpi itu hanyalah sekadar mainan tidur
mimpi buruk itu datang dari syaitan
mimpi baik itu datang dari Allah..
Insyaallah

ambo anggap mimpi tu 
mimpi yang baik
walaupun mimpi itu agak mencemaskan
mungkin sebagai petunjuk/petanda
untuk ambo jugak

walhal perempuan yang biasa
bermimpi macam tu
mungkin lelaki pun sama jugak kot
hihi

.:buka mata, buka hati, buka minda:.

(ayat skema xpo, asalkan muka smart..kuang3)

p/s: cerita mimpi ni mungkin ada benarnya, sebab..


Monday, 21 May 2012

SALAM 1 REJAB

selamat datang bulan rejab
pejam celik
panas hujan
siang malam
hari berganti bulan
dah nak masuk pertengahan 2012 rupanya

maknanya lagi dua bulan ramadhon (versi indon sleng)
huh..sape2 yang berhutang dengan Allah tu langsai2 kanlah (ganti puasa)
terutamanya bagi golongan hawa
orang lelaki ada jugak yang berhutang?
ish2..

jadi apa pengisian kita bulan ni?
makanya kena latihlah dari sekarang
belajar2 berpuasa sunat
bukan apa nanti bila tibanya ramadhan
takdelah terkejut sangat 
aduhh beratnya puasa..laparlah

sebenarnya kan bukannya susah pun ibadah ni
yang penting niat kita
bila niat kita betul
segalanya akan jadi betul
dapat pahala

berapa ramai yang berpuasa 
tapi sia2 saja
sekadar menahan lapar dan dahaga
upgrade la sikit
puasa semua anggota zahir dan batin
itu penting
puasa untuk diri kita 
bukan untuk orang lain

opps..ibadah puasa sunat wajar ditingkatkan
bermula dari rejab lagi
pastu syaaban
biasakan puasa sunat isnin dan kamis
13,14,15 dalam bulan bulan islam
serta puasa2 yang tak disebut di sini

coretan sendiri, untuk tatapan diri 
dan sesape yang membaca coretan ini

selamat beramal


.:buka mata, buka hati ,buka minda:.

(tanda istikharah yang berjaya)

antara tanda istikharah yang berjaya ialah:
bila kita teringat akan seseorang itu, hati kita akan terasa lapang dan tenang

sebaliknya..
jika kita teringat akan seseorang itu, hati kita akan terasa sempit dan susah

maka, pilihlah yang lapang dan tenang

*Ustaz Azhar Idrus*


.:buka mata, buka hati, buka minda:.

Sunday, 13 May 2012

mungkinkah..

malas nak tulis banyak banyak
tak reti nak membebel
baik tampal tampal jer
 ringkas dan faham 


.:buka mata, buka hati, buka minda:.

Tuesday, 8 May 2012

the questions is 'w's?

rahsia Allah ada 3;
-rezeki-
-jodoh-
-ajal-




''sabar ialah tumbuhan pahit tapi berbuah manis''

Tuesday, 24 April 2012

antara 3 darjat

sekali tengok...ambo raso bekeney
oghe jangok segheto comey..
sedutan dari lagu 'ambo bekeney' oleh Megat Nordin

dari mata jatuh ke hati
dari hati terluah di bibir..

walau sekadar cantik di mata 
tapi buruk perangainya
tak akan jatuh ke hati 
(memang rejek la)

cantik paras rupa
baik pula perangainya
siapa yang tak mahu kan..
jatuh ke hati
sayang mula berputik
usah berlengah lagi 
ayuh engkau petik
sebelum orangnya memetik
mungkin juga tergugur
entah siapa peduli lagi

sudah petik 
jagalah baik-baik
belai dengan
kasih dan cinta
tulus lagi kudus
moga
sentiasalah mekar
menyerikan taman bahagia

**betulkah dia adalah jodoh kita walau dia tidak berkata-kata (yang benar)??**
**hati tak pernah menipu**



bila hati sudah berbicara

bila hati sudah berbicara
segala rasa semua ada
sekian lama terasa
suka sampai kemana?
sayang mula melanda
padanya yang ingin dimiliki
barulah cinta setelah dimiliki..
tersuratlah yang tersirat
bukan lagi bibir yang berkuasa
bila hati sudah berbicara

Sunday, 25 March 2012

KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Saturday, 3 March 2012

ade ape dgn 3 Mac??



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tah
un sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Thursday, 26 January 2012

pooodah!

hampeh tol citer melayu leni:

cehh,Umi konon..rambut mcm pontianak. dah la aurat terdedah sana sini..ada ati melakonkan watak ibu yg dipanggil 'umi' oleh anaknya..ttuii

ni pun satu lagi aku nk kritik, betapa jahilnya karyawan2 tanahair kita leni..

ade nilai2 Islamik la katakan..sekadar gelaran pun jadi la..

biarpun asas agama itu ditektepikan..poooodah

Wednesday, 25 January 2012

tibo2 nyo mari mikir..

dah lama aku duk mikir hal ni;

saban hari kenderaan ats jalan bertambah nak2 lagi bila time raya, tiap2 tahun kuar mcm2 model keta baru pelbagai jenama.

tp ms kecik2 dulu (sekolah) selalu jgk tulis essei pasal kesesakan lalulintas..antara penyelesaiannya ialah naek pengangkutan awam, kongsi kenderaan dan bla bla bla..

dan sekarang..aku x nampak pun langkah2 govemen kita nk kurangkan masalah ini..

bila kenderaan byk, byk la jgk income govemen (tax, insuran,tol..bla bla)
rakyat jgk la yg merana.huuuh

Friday, 13 January 2012

OH DUIT..




#walupun duit diperbuat dari kertas tp korang x bleh beli brg menggunakan unsur yg sama iaitu kertas.

#walupun duit itu korang punya tp korang x bleh sesuka hati menukar gambar & t/tgn korang.

#dgn adanya duit, perasaan korang bleh berubah mengikut keadaan. cthnya menjadi riyak & berlagak bila duit byk & menjadi segan bila tiada duit.

#walaupun duit x bleh berkata-kata tp duit bleh buat korang menjadi hambanya, bergaduh kerananya & berpecah belah juga kerananya.

#duit x mempunyai perasaan tp manusia yg akan perasan bila byk duit & akan terus merasakan x cukup dgn apa yg ada.

#serapat mana pun korang dgn duit, bila mati duit itu sama sekali x akan ikut korang ke dlm kubur, membaca doa utk korang  @ menziarahi korang di Hari Raya.