Wednesday, 7 September 2011

KETUPAT GORENG

menu petang..
apakah ini?? hahaha

ni la nama nya KETUPAT GORENG..
ajin make dok?
kalu dok..gi la dapur nuh
cari2 la kot2 masih ade lagi ketupat raya
hok napok x berapa 'laku' dah tu..(nok expired)hehe
x kira la ketupat gapo pun
ketupat tawar ko
ketupat serunding ko
ketupat kacang catok ko
etc..
buleh goreng belako
daripada duk sebek jah
bek goreng lagi sodap!
selamat mencoba ye!
nyumm2..

Sunday, 7 August 2011

fakta sebenar sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia!

KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.


Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). 



Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.


Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya


1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.


2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.


3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.


4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.



5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.








7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan

penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.


8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

 Wasiat Pejuang 

sumber: http://azmieyusoff.blogspot.com
tarikh: 7 ogos 2011

إمنحني القوة



انا أعرف اني منتظر
منتظر شئ ما
شئ يحدث لي
ولكن هذا الإنتظار يأتي مع
المحاولات والمتحديات
لا شئ في الحياة بالمجان

أود بطريقة ما
أن تقول لي بصوت عال
أنه يوما ما سأكون على ما يرام
ولكن لانعرف السبب
أنه ليس هذا الطريق المناسب
ساعدني لأجد طريقي

ربي أرني الحق من الباطل
هب لي نورا اجعلني قويا
أعلم أن الطريق طويل
إمنحني القوة

أحيانا كثيرة فوق الإحتمال
أن أشعر أني قد فقدت التواصل
أعلم أن الطريق طويل
إمنحني القوة

انا أعرف اني منتظر
أتوق الي شئ ما
شئ ما معروف لي فقد
انا أعرف اني منتظر
المحاولات والمتحديات
لغز الحياة واحد

أود بطريقة ما
أن تقول لي بصوت عال
أنه يوما ما ستسامحني
ولكن لانعرف السبب
أنه ليس هذا الإتجاه المناسب
أتوسل اليك بالرحمة

ربي أرني الحق من الباطل
هب لي نورا اجعلني قويا
أعلم أن الطريق طويل
إمنحني القوة

أحيانا كثيرة فوق الإحتمال
أن أشعر أني قد فقدت التواصل
أعلم أن الطريق طويل
إمنحني القوة

Monday, 1 August 2011

Ramadhan

sekali lagi..
Ramadhan Al-Mubarak menjelma
alhamdulillah sekali lagi aku dapat
bertemu dengannya..

semoga kali ini
penuh bermakna

tetapkan niat ku
teguhkanlah Iman ku
ringankanlah anggota ku
untuk beribadah kepada Mu Ya Rabbi
hapuskan dosa2 ku yg lalu
aku ingin sentiasa bermohon padaMu
hanya padaMu aku berdoa
masukkanlah aku dalam
golongan yang Engkau redhai

Friday, 22 July 2011

KALI KETIGA DAN TERAKHIR..INSYAALLAH..HE2

sekali lagi ambe ase nk tukar pulok nama blog ambe ni..hua hua
xleh jgk letak nama kuih tuu, nanti meleleh lak air liur korang tambahan pulok pose pun dh xlama..
ambe dak pe..Imang kuat agi..ngeee
misti la ade alasang kang naper amber tukar hok ni kang (kalu malaysia leh tukor kerajaang macang ni kang senang..kua3). haa ni la ambe nk citer:
  1. dulu2 ambe mane tau menatang ape ni
  2. rupo2nyer kain pun ade pale jgk dis
  3. bahagian tepi/bawah /atas kain sebelum dipotong
  4. kain molek..jahitan kukuh
  5. ramai ore minat..ramai ore cari
  6. biasanya seluar Jeans hok sohor nyo
  7. barang molek, harga pun 'molek'..hoho
  8. edisi terhad..
  9. tu jah hok ambe tau setakat nih

#kalu nk tambah lagi gak, tinggalkn jejak anda di bawah ini..B-)

TIGA SAAT

saat itu..
indahnya alam
birunya langit
tenangnya lautan
kicaunya burung
kasihnya teman
akhirnya..
gerimisnya sore.

saat ini..
manisnya hilang
warnanya suram
dinginnya siang
sepinya malam
hanyalah..
seorangnya teman

saat nanti..
(harapnya)
cerahnya mentari
mekarnya bunga
bebasnya si walit
terbangnya..
ketemunya teman


::HIDUP INI CUMA 3 MASA: MASA LALU.MASA KINI & MASA DEPAN::



Tuesday, 19 July 2011

KONTRAK TUHAN

Perjanjian Antara Manusia dengan Tuhan-Nya sebelum Tuhan Meniupkan Ruh ke dalam Jasad tersebut (Untuk Renungan)

 

Allah SWT menciptakan Manusia dengan Berbagai macam bentuk ,Suku, ras, Budaya, dan Agama untuk Menjalankan Tugas
agar setiap manusia tersebut menjalankan amanah tersebut....

agar Manusia dapat Menjalankan Tugas tersebut Allah SWT Memberikan Manusia Akal, Hati Nurani, dan Bakat...
Suatu Ketika Ketika Bayi siap lahir ke dunia....

Menjelang di turunkannya dia ke dunia,

Para Malaikat mengatakan : wahai Fulan bin Fulan esok hari engkau akan Tuhan Hidupkan ke dunia setelah Kau berdialog dengan Tuhan tentang Mati mu, Rezeki mu, Jodoh mu, Bakat dan Skill mu untuk hidup di dunia, sahabat2 mu, dan calon orang tua Mu, orang2 yg nanti akan Kau kenal selama kau hidup di dunia....

Lalu si Bayi Pun Bertanya kepada Tuhan : Wahai Tuhan bagaimana cara hidup di sana ??

Tuhan menjawab : aku telah memilih 1 malaikat untuk menjagamu dan mengasihimu sampai kau Telah cukup Mandiri dan Dewasa...

Lalu si bayi menjawab : Siapakah itu Tuhan ???

Tuhan menjawab : Dia adalah Ibu Mu...

Lalu si bayi kembali bertanya : Tuhan, apakah aku akan kembali padamu dengan Iman dan Kau akan Menerima ku di sisi mu ?

Tuhan Menjawab : Itu Semua terserah pada mu, aku memberikan kebebasan untuk mu untuk memilih...

Kemudian si Bayi kembali bertanya : Wahai Tuhan bagaimana aku bisa Makan di sana ???

Tuhan pun Menjawab dengan penuh rasa sayang : Aku telah Menciptakan Tumbuh2'han dan Hewan2 untuk kau makan..

lalu si Bayi Kembali bertanya : Tuhan Bagaimana jika nanti Ibu dan Ayah ku akan Kembali padamu, aku akan Kesepian nanti..

Tuhan Lagi-lagi mejawab dengan Penuh kasih : Aku pun telah Menciptakan pendamping untuk Mu hidup di dunia (Jodoh) dan Aku Telah Persiapkan Sahabat-sahabat Selama kau hidup di Dunia...

Lalu si Bayi bertanya : Wahai Tuhan,Apakah aku akan Hidup di dunia tidak Punya apa-apa ?

Tuhan pun Menjawab : aku telah Meng-anugrahi kamu Bakat, Skill Kemapuan, dan aku Telah persiapkan Rezeki Mu di dunia...

Maka Setelah si bayi setuju dengan semuanya, lalu si Bayi Pun lahir Ke dunia dengan menangis karena takut jika ia mati nanti, ia Tidak Mati dengan Iman....

Friday, 15 July 2011

NISFU SYAABAN

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya'ban



Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Thursday, 14 July 2011

LAWAK DOWH..!!


pada petang yg serabut ini
aku cuma terasa nk share
dgn korang sume tentang
koleksi faveret ceramah
Ustaz Azhar Idrus
yg aku selalu
layan berulang kali
lawak dowh..
byk pengajaran dan ilmu
kita leh dapat
dan amalkan sama2

buat masa ni aku baru share kat fb

video ni:
ulasan:
biarlah kita dibenci, dihina
kerna memperjuangkan Islam
agama suci kita
itu sekadar pandangan manusia
yg penting besar ganjaran kita dapat
di sisi-Nya
tp sebaliknya..
kekadang yg membenci, yg menghina
itu lebih teruk dari yg dibenci dan dihina tadi
macamane tu??
wat malu kompeni jerk..
hua...hua...hua
susah di dunia, senang di akhirat :)
senang di dunia, susah di akhirat :(
senang di dunia, senang di akhirat :D
dahla susah di dunia, susah lagi di akhirat T_T

dan seterusnya..
ini lah antara2 video2 terbaik
yg korang sume leh layan
sambil mengupas2 'butir ralit'
(kuaci)
hehehehe....
jgn bahang dengan kulit2 tu sudah
hahahaha...
  1. menantu mandi junub: http://www.youtube.com/watch?v=cf4TgLK09aI
  2. mercedes vs honda cup:http://www.youtube.com/watch?v=-j-YsLYFuAA
  3. suruh bini lanjang:http://www.youtube.com/watch?v=zmKp4l5G_Js&feature=related
  4. mas kahwin mahal(bini 10K):http://www.youtube.com/watch?v=HZ0PGreqzlo
  5. menantu kambing vs ayah spongebob: http://www.youtube.com/watch?v=bAv3FtvHT5


    selamat menuba ilmu..B)




Wednesday, 13 July 2011

CITA-CITA OH CINTA

cita-cita dan cinta
dua makhluk berbeza
bahagiakah cita-cita tanpa cinta
hidupkah cinta tanpa cita-cita
tersimpulkah sayang tanpa cinta
terjalinkah kasih tanpa cita-cita
adakah kasih cita-cita
adakah sayang cinta
dapatkah mereka bersatu
sempatkah cinta mengejar cita-cita
mampukah cita-cita menanti cinta
setiakah cinta
kejamkah cita-cita
sanggupkah cita-cita membiarkan cinta
mengharap cita-cita sampai bila
relakah cinta menagih cita-cita
melangkah jauh ke hadapan
tinggallah cinta di belakang
atau
mugkinkah mereka satu bangsa
akan
kasih dalam cita-cita
sayang dalam cinta
seiring sejalan
sentiasa bersama
di jalan kejujuran dan keikhlasan
kirinya cita-cita, kanannya cinta
depannya bahagia
belakangnya duka
menapak syurgawi
menjarak fantasi
tetapkanlah cita-cita
abadikanlah cinta

*akhirnya siap jua luahan berbunga ambe nih. sekali 2 kaler layan perasan jap..kik3



Tuesday, 12 July 2011

reformasi 2.0..

sebelum aku melangkah ke alam maya sempat lagi rasanya aku nk memumumkan sesuatu kat sini (ups..ambe kecek luo plak kali ni..hehe jgn mare)
haha macam suspend jer tajuk tu kan.almaklumla baru lepas demam 'BERSIH 2.0 709' (yg ni nanti kita bukak table di kemudian hari yer..huk huk)
yg sebenarnya nama blog aku sekarang dah bertukar 'ONDEI-ONDEI' (sebelum ni..H.A.T.I.K.U) xkesah la kan asalkan bahagia...kua3.
memangla sebelum ni aku duk pikiq2 apekebenda la nk letak nama pada blog aku ni biar sume org leh tau n tehn akan mudah igt sampai bila2..haha baru lah cepat femes gitu..kan2..
kenapa aku pilih nama ni?
  1. nama nya pun dh bombastik
  2. sejenis kuih ore kelate panggil jugak kuih kekah cha (betul  ko dop xtau eja gini ni..hik2)
  3. kuih yg sgt kiut (hijau-putih..wawawa)
  4. bulan poso byk didapati
  5. kena gentel2 dulu baru lah leh dapat rupa yg macam gitu..jap ada disertakan sekali gamba kat bawah ni


haa..ni dier kuih ondei-ondei..nyum2


nape tiba2 leh dapat idea tukar nama yer?
senang jer..sebab tadi ado jiran yg bermurah hati bagi kitorang makan kuih ni.lagipun bukan nk jumpa kuih ni tambahan pula bila berada di tempat orang ni kan..huhu (leleh lak air hidung ni..)


tapi tidak bermakna nama yg lama tu aku abaikan..maksud aku nama tu tetap menjadi suatu modal utk aku meluahkan suatu yang lahir dari lubuk hati ku ini..haa tula yg sebarnya...
nama yg baru ni xde kaitan langsung dgn apa yg akan di bebelkan dalam blog ni nanti...
paling utama ialah yang tersirat dalam hati kita masing2..kita sebebas2nya boleh meluahkan apa2 sahaja yang dirasakan perlu dikongsikan bersama..when we share something, hope we get something..


ok dah tuu..time to sleep right now..zzzzZZZZ

Thursday, 7 July 2011

bakpo tuu...


Bole di katokei kebanyokei ore jamei loni ado blog belako (cumo ambe jah hok ketinggalan cket). bakpo ek ore pakat2 berehi ko goni nih? ambo raso la kei :
sebab deme2 ni meme berehi nulis
nunjuk skill nulis
sajo suko2
xdok kijo lain etep
puas dok sajo
penuh maso kosong
xdok buku nk nulis
xmampu nk beli buku diari
dakwat pen abis
luwOh perasoe
nok maroh kokre
sakit ati
sero suko do oh
wat kenangei
tambah saim
buleh ore kenal kito
wi pandangan/idea
utk menjelaskan isu2 semasa
ikut trend jamei loni
buleh wat pitis jugok
kongsi cerita
kongsi ilmu
cari publisiti katokei..he2

*banyak doh ambe senarai ni..x cekak doh wei nk perah otok…deme la pulop! kikiki….

abiiih...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..........

ASSALAMUALIKUM WBT..

ALHAMDULILLAH...
Hok mulo2 sekali ambe nk royat bui, hok pertamo-tamo nyo ambe buleh jugok nulis dale blog nih..he2
lamo doh benarnya nok jadi blogger sohor ni (xdei apo2 koya doh). baru hari ni stat nulis koho2, uduh2 gitu. bla la x supo nga ore lain pOm...sapo la diri ini..ceewah! lagipun ambe sero 'envy' bla tengok blog2 ore lain. tu ambe sero geram etep tuu... =)

jadi, moral utk diri ambe jugak:
keno banyak belaja lagi pasal blog
keno la sedar diri (haha)
keno yakin diri (blog aku kei, suko ati aku ar nk royat gapo pun.yolo dok.)
keno rajin2 apdet sokmo (hok ni hok malas cket nih.hu2)


xleh bobei banyak2 ag.mugo ni baru nk stat enjin baru...semula pulop kito masuk gear!!

Wasalam...